
Terinai Lakeview Resort terletak 17 kilometer dari bandar Kangar dan berlatar belakangkan Empangan Timah Tasoh yang indah serta permai. Terinai Lakeview Resort ini amat mudah di kunjungi kerana terletak di laluan utama bagi pelancong yang akan ke Padang Besar, Wang Kelian dan Gua Kelam. lokasinya yang bersempadan dengan negara jiran Thailand resort ini diurus sepenuhnya oleh Koperasi Majlis Pebandaran Kangar Perlis Berhad.